MY PLAYLIST

Saturday, August 4, 2007

~MeNiTi KeHiDuPaN~ #1

Alangkah indahnya permandangan di waktu senja. Aku berjalan menyusuri pesisir pantai sambil memerhatikan khazanah alam yang amat menakjubkanku. Tidak lama lagi matahari akan terbenam. Ya tuhan, indahnya alam kurniaanmu ini. Di Tepi pantai ini jugalah aku berkenalan dengan sahabat baikku, Fatin Nabilla@Illa. Sedang dia berjalan-jalan, dia terlihat seorang lelaki yang amat dikenalinya. Syahril! Kenapa dia ada di sini? Mustahil!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

"Farah, bangunlah! Jam 10 dah nie, tak pi sekolah ke, Farah?" kedengaran suara Mak Bedah, pembantu rumah yang telah berkhidmat selama 11 tahun di rumahnya.

"Makcik, Farah tak nak pi sekolah hari nie, farah tak sihat..."

"Farah demam ke?"

"Tak la... Farah rasa tak sedap badan je..."
"Kalau camtu, biar makcik bagitahu mak ayah Farah"

"okay.." balasnya dengan perlahan.

Dia tidak menyangka dia bermimpi tentang insan yang pernah mencuba memperolehi kasihnya. Syahril, satu nama yang tidak dapat dilupakannya.

"Takkan aku dah jatuh cinta kat dia? Dulu aku juga yang menolaknya tetapi mengapa kini aku diburui oleh perasaan bersalah? Adakah aku merasa bersalah menolaknya? Ah, mustahil! Aku berhak menolaknya. Ini kerana bagiku pelajaran lebih penting daripada benda-benda remeh seperti itu. Lupakan la semua tu", desis hatiku.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _




0 comments: